Rumah Amal Baitul Maghfirah ini merupakan sebuah kompleks asrama yang menempatkan seramai lebih 50 orang pelajar. Kesemua mereka terdiri dari pelbagai latar belakang keluarga di kalangan anak-anak miskin, yatim, kurang upaya dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan, pendidikan dan perlindungan mereka. Rumah ini dibuka pada 15hb Mac 2009. Ia ditubuhkan dibawah Naungan KPPM dibawah Seksyen 7 Akta pertubuhan 1966.
Rumah Amal Baitul Maghfirah ini menawarkan peluang beramal jariah kepada golongan yang berada untuk berfungsi sebagai “bank” kepada masyarakat. Semoga mereka tampil membantu menyelesaikan masalah anak-anak yatim, orang-orang miskin dan golongan yang memerlukan.
Rumah Amal Baitul Maghfirah ini mengharapkan kepada Allah SWT; untuk memilih hati-hati yang mempunyai sifat pemurah untuk bersama kami merealisasikan cita-cita ini. Hanya dari sifat-sifat pemurah dan sanggup berkorban sahajalah, masyarakat Islam akan terbela, dapat membina tamadun melalui kasih sayang yang terjalin sesama insan. Hasil pengorbanan golongan berada, hubungan dengan yang kaya dan yang miskin akan rapat. Diwaktu itu tiada lagi jurang perbezaan sesama insan dan tidak ada lagi jenayah serta gejala sosial yang berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama. Masalah dalam masyarakat dapat diselesaikan kesan dari pemurahnya orang kaya dan kesan dari pada tawadhuknya mereka. Inilah yang diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan