Rumah Amal Baitul Maghfirah memerlukan sokongan
pihak tuan seperti berikut:
pihak tuan seperti berikut:
1) Buat masa ini belum ada mana-mana pihak yang menjadikan Rumah Amal Baitul Maghfirah ini sebagai projek angkat mereka. Kami amat berharap pihak tuan boleh mempertimbangkan hal ini.
2) Menganjurkan Makan Malam Amal di mana mana jua. Majlis Makan Malam Amal ini akan dipenuhi oleh Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Islam. Mana mana kumpulan Nasyid boleh dijemput menjayakannya. Kos majlis ini boleh ditampung melalui jualan amal tersebut. Disamping itu persembahan oleh anak-anak penghuni Rumah Amal Baitul Maghfirah ini juga boleh dijayakan secara selang seli.
3) Program pengambilan anak angkat di kalangan anak-anak ini oleh kakitangan yang berminat membiayai keperluan makan minum, asrama, pengajian dan sebagainya. Sumbangan amal jariah yang sebegini memberi manfaat dua hala dimana ibubapa angkat diharapkan mendapat ganjaran besar di sisi Tuhan. Di dunia; memperolehi keberkatan dan keselamatan; menerima doa dari anak yang dinaungi setiap lepas solat bahkan setiap kebaikan yang mereka lakukan, insyaAllah akan ada ‘habuan’ untuk ‘pembela’ mereka di sisi Tuhan. Di sisi anak-anak sudah tentulah semua pembiayaan tersebut akan amat bererti dan amat mereka syukuri.
4) Program Kenduri tahlil aruah dan bacaan yasin untuk aruah keluarga yang meninggal dunia. Semuanya boleh dilakukan dengan hanya menyumbangkan sedikit biaya menjayakan kenduri setiap malam isnin dan khamis. Anak-anak akan menadahkan tangan mendoakan aruah yang diniatkan. Para penyumbang boleh sms atau emailkan nama-nama ahli keluarga yang ingin diniat-hadiahkan pahala tahlil, yasin dan sebagainya. Jumlah sumbangan terserah pada budi bicara pihak yang berkeinginan.
5) Sumbangan barang dapur untuk dimasak semada barangan kering atau basah; boleh disumbang secara bulanan atau bila-bila masa. Boleh dihantar sendiri atau dimaklumkan kepada kami untuk kami datang mengambilnya. Kmai amat menghargai semua sumbangan yang diberikan dan akan menerima semuanya seadanya.
6) Sumbangan peralatan dapur dan peralatan rumah / barang elektrik walaupun barang terpakai. Apa jua yang mungkin tidak lagi diperlukan oleh tuan-tuan dan puan-puan tapi mungkin amat diperlukan di Rumah Amal ini. Jadi sebelum membuangnya, wajarlah bertanyakan kami terlebih dahulu.
7) Sumbangan bayaran sewa rumah, bil-bil, kos minyak serta perbelanjaan pengurusan.
8) Bagi yang mempunyai tanah, rumah atau kenderaan yang ingin mewakafkannya untuk dimanfaatkan oleh Rumah Amal ini boleh memaklumkannya supaya kami boleh melihat dan membuat keputusan mengenai kesesuaiannya.
9) Sumbangan penajaan makanan bermasak harian, mingguan atau bulanan sebagai jamuan kenduri kepada pelajar-pelajar.